Wednesday 31 July 2013

Save Palestine, Save Al Aqsa.

salam,

save palestine, save gaza, save Al Aqsa.






semalam aku pi terawih. Imam semalam khas dari Palestine.patut dengaq lain ja bunyi.selalu ustaz muda tu baca surah pendek pendek.semalam semayang baca surah panjang.ok xpala..menambahkan pahala di hujung hujung Ramadhan ni.


salu aku tengok iklan tv, save Gaza, save Palestine.aku ni kalau berita dunia bukan pandang sangat.selfish kan..so semalam imam Palestine tu mai terangkan la apa yang jadi kat sana.Imam tu cakap bahasa Palestin la.eh bahasa Palestin tu bahasa Arab ka?aku xbelajaq Arab.ada la translator duk terangkan balik kat kami.sampai tereyak jugak la Imam tu masa bercerita.oo ic..baru guwa ngertik..yang retis retis tu dok pi hulurkan bantuan untuk orang islam kat Palestine.tersentuh gila masa dengaq pasai orang Islam kat sana.ayaq mata aku keluaq jugak.



kebetulan baru semalam aku baca benda ni..



Masjid  yang paling utama di dalam Islam ialah Masjidil haram di Mekah Al-Mukarramah kemudian Masjid an-Nabawi, di Madinatul Munawwarah dan selepas itu Masjidil Aqsa di Palestin iaitu berdasarkan kepada sebuah hadis yang bererti,

Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam  sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa  di Palestin." Hadis Al-Bukhari



hurm..ada Masjid Al Aqsa kat Palestin. dan sekarang dah ditawan.Yahudi Laknatullah nak gantikan Masjid Al Aqsa dengan tempat ibadat depa yang dibagi nama Heykal Sulaiman.asalnnya Kuil Sulaiman.more info

Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa


renungkan,
-Masjid Al Aqsa adalah kiblat pertama orang islam.
-Nabi di israkkan di Aqsa,
-bumi Palestin adalah bumi orang islam yang mana ada diterangkan adalah tempat himpunan pertama semasa kiamat.


Imam Palestin tu ada jugak bagitau ada dalam hadis, aku xingat hadis apa minta maaf. seorang perempuan bernama Maimunah bertanya kepada Baginda Nabi saw, apa yang perlu dilakukan jika kita tidak mampu menziarahi Masjidil Aqsa. Baginda saw menjawab, kirimkanlah minyak dan apa ntah aku xingat.minta maaf again. Maksudnya lebih kurang, jika kita tidak mampu menziarahi, kirimkanlah harta kita. Sumbangkanlah harta untuk jalan Allah, kerana apa yang yang Allah ambil pasti Allah balas dengan nikmat yang xternilai buat kita.


"Ya Allah, murahkanlah rezeki kami supaya kami dapat menyumbang di jalanMu"


----xda gambaq imam Palestin tu. ai pi masjid xbawak hempon..nanti orang cakap ai nory danish plak!

Tuesday 30 July 2013

X NIAT..


location : z2 aras atas - SMT Kerian, Perak
time      : Ramadhan 2004


8am   : exam

9am   : exam

10am : balik dorm - tukar baju sekolah - lepak dorm - sembang topik spm tadi

11am :

  Farah : weh, aku balik bilik jap
 
  2 minit.....

  Farah : aku g dm( dewan makan)..

  Dayah : oi g dm watpe?

  Aku perati ja..blur..letih posa

  5 minit....

  Farah lalu bawak megi tomyam dalam tupperware..bau menusuk

  Farah : sory weh.aku baru ingat aku xniat semalam..(farah cakap sambil main main megi dia ngan garpu)

  Aku ngan Dayah pandang mata masing masing..jalan g locker ambik megi sorang satu masuk dm.

  slurppp....







haha..direct xposa..teruk gila zaman skolah dulu.alasan xniat..xniat..sampai sekarang kakak aku perli.."hang nak posa ni niat x?" hehehe..


geng xposa
ni nadia..dayah xda tukang snap..aku atas tembok..yang ganas tu farah.dah jadi cikgu dia lani.



ritu dengaq ada ustad cakap,
puasa yang kita ganti xkan sama dengan puasa pada bulan Ramadhan
rugi kan..

Monday 29 July 2013

kenapa..




kenapa bukak puasa tu waktu malam?
bila berpuasa selain ianya adalah ibadah khusus kepada Allah.kita dapat merasai kesusahan orang lain yang yang hidup dalam kurang berkemampuan.ada yang terpaksa mencatu makanan.bila berbuka puasa waktu malam,bagi yang kurang berkemampuan, xlah mereka malu dengan juadah berbuka yang serba kekurangan.dan tidak pula merasa tersisih dengan juadah orang orang berada lain kerana tidak mampu menikmatinya.subahanallah.

kenapa lailatul qadar itu dirahsiakan?
kerana Allah mahu kita sentiasa dekat denganNYa.tidaklah kita melakukan sesuatu hanya kerana ingin mendapatkan sesuatu.justeru malam lailatul qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan, Allah kurniakan kepada hambanya yang terus terusan beribadat tanpa jemu kepadaNya.lembutnya cara Allah mendidik kita.subahanallah.

kenapa zakat itu wajib dikeluarkan?
zakat itu diwajibkan kepada kita untuk menyucikan harta.ada manusia yang terlalu sayangkan hartanya, terlalu kedekut, di dalam puasa ada yang sampai tidak keluarkan duit.siangnya berpuasa, berbuka di masjid, bersahur sewaktu moreh.tetapi Allah mahu dia membelanjakan hartanya di jalan Allah.dia tetap perlu mengeluarkan zakat.tidak berkat harta seseorang muslim tanpa berzakat.subahanallah.

kenapa perlu bersedekah pada bulan Ramadhan?
setiap kebajikan Allah gandakan 70 kali ganda.jika kebiasaannya pahala kita adalah 27pahala.tetapi pada bulan Ramadhan Allah gandakan.bersedekahlah bagi orang yang berbuka, kerana memberi makan kepada orang yang berbuka itu sangat besar pahalanya.ada sesetengan orang yang tidak berkemampuan berbuka di masjid.bersedekahlah kepada tabung tabung masjid, mungkin harta anda itu dapat memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.tidak akan kurang rezeki seseorang jika bersedekah.subahanallah.

kenapa perlu solat terawih?
solat terawih adalah sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut dalam islam. terdapat banyak pahala yang berbeza beza setiap malamnya. setelah seharian berpuasa pastinya kita berbuka dengan makanan yang banyak.perut pasti penuh dan ada yang sampai termengah mengah seperti ulat sawa kekenyangan.bersyukur dengan rezeki dan nikmat apabila kita berbuka.lakukan terawih supaya dapat melegakan perut sambil mensyukuri nikmat Allah.terawih hanya ada dalam Ramadhan, mungkin ini adalah Ramadhan terakhir bagi kita.beribadatlah kepada Allah seolah olah kamu akan mati pada keesokkannya.subahanallah.

kenapa perlu membaca Al Quran?
Al Quran adalah mukjizat Allah.Ianya dipilih oleh Allah diturunkan dalam bulan Ramadhan iaitu bulan sebaik baik bulan.pegangan hidup manusia sepanjang zaman.tidak akan sesat seseorang islam jika dia berpandu pada Al Quran.setiap huruf dalam Al Quran yang kita baca Allah gandakan pahlanya berlipat lipat kali ganda.subahanallah.

  • bermula dari imsak kita bersahur, Allah memberi pahala bagi orang yang bersahur walaupun hanya dengan seteguk air.
  • kita solat subuh,Allah memberi pahala
  • kita bersiap keluar bekerja siang ke petang, kita solat zohor, solat asar, Allah memberikan pahala kepada orang yang berpuasa sehinggakan tidur orang yang berpuasa pun dikirakan ibadat di sisi Allah.
  • kita berbuka puasa dengan doa memuji Allah, memulakan berbuka dengan kurma sunnah Rasulullah.Malaikat mencatitkan pahala kepada kita.Rasulullah saw: "ada doa yang tidak ditolak di saat berbuka bagi orang yang berpuasa".Allah memberikan pahala malah memakbulkan doa kita, in shaa Allah.
  • kita solat Maghrib, berjalan ke rumah Allah, solat Isyak dan berterawih.Allah memberikan pahala.

Subahanallah, pahala yang tidak berhenti henti kepada kita di dalam Ramadhan ini. Sebab itulah Ramadhan ini sangat istimewa dari bulan bulan yang lain.Dah bermula 10 malam terakhir,berlumbalah membuat kebajikan dan memohon keampunan kerana ini mungkin Ramadhan yang terakhir, semoga kita bertuah untuk mendapat Lailatul Qadar.

pesanan untuk diri sendiri dan yang membaca
:diilhamkan dari tazkirah Ramadhan 28/7/2013
Masjid Al-Ittifaq, Sungai Nibong, Penang. 

Wednesday 24 July 2013

Wordless Wednesday 24/7

24/7 penat


tart nenas


semperit

-

-

-

-

-

-

-

-

-

cekodok + agar agar milo


kuih lopeh


beef nugget goreng sampai itam


nasi goreng sambal belacan


ohh sedapppp...................................!


Tuesday 23 July 2013

BUKA PUASA KAT HOTEL

 buffet ramadhan penang 2013

 
Tetiap tahun, mesti ada aktiviti ni..nak kira wajib kalau dapat bonus la..taun ni bonus pon dok berahsia rahsia lagi..xtau la dapek ka x..kalau nak bukak kat hotel pon kena hotel yang bajet bajet la kos nya..kalau x mau merana aku sampai raya..gaji bulan ni awai wei..nak pakai sampai raya nanti..pening pening..

jom check hotel mana yang nak dipilih sebagai hotel harga patut..

EASTIN HOTEL, PENANG
Available on 10th of July 2013 until 7th of August 2013.
From 6:30pm to 10pm.
Rm 85++ (adult); Rm 43++ (child)
EQUATORIAL HOTEL, PENANG
10 July - 7 August 2013
Available: Daily, 6.30 pm - 9.30 pm
Price: RM82++ per adult, RM44++ per child
*15% discount for party of 20 persons and above
E & O HOTEL, PENANG
9 July to 7 August | 7:00 pm to 10:30 pm
Sunday to Tuesday
RM 96++
(Adult) | RM 48++ (Child)
Wednesday to Saturday
RM 110++
(Adult) | RM 65++ (Child)

HARD ROCK HOTEL, PENANG
RM68++ per adult and RM34++ per child (4 – 12 years old)
available from 6:30 pm until 10:30 pm daily.
For every booking of 10 diners, the 11th person gets to eat free.

BAYVIEW HOTEL, PENANG
From: Jul 12, 2013  To: Aug 3, 2013
Time: Fri & Sat, 6.30pm-10.30pm
Price: RM28++ (child aged 4-11 years), RM46++ (senior citizen), RM56++ (adult)

SUNWAY HOTEL, PENANG
Date: 13th July 2013 – 5th August 2013
Time: 6.00pm – 10.00pm
Price: RM 59.00++ (Adult)
         RM 30.00++ (Child/Senior Citizen)
** Child: 5-12 years I Senior Citizen: 55 years & above

VISTANA HOTEL, PENANG
priced at RM45 nett (per adult)
children 6 to 12 RM30 nett

HOLIDAY INN RESORT, BATU FERINGGHI

Price: RM55 nett per person
G HOTEL, PENANG
Price: RM44++ per child (7-12 years), RM88++ per person

PUNCAK MUTIARA CAFE, PENANG
From: Jul 10, 2013  To: Aug 7, 2013
Price: Free (child below 6 years), RM24.90+ (child aged 6-12 years), RM49.90+ (adult

SUMMIT JOTEL, PENANG
Price: RM20 per child, RM40 per adult
kalau yang area seberang tu dah sah sah la nak kena rejek..rumah aku area pulau..erm..

Monday 22 July 2013

OVEN DAH MULA BERTUGAS

salam nyums nyumss..

dah berapa hari posa ek arini..jap nak kira..
 -

-

-

ok siap dah conteng kelender..ari ni ari ke 13..dah tengah dah..so dah boleh mula menyetat buat kuih raya..ni yang penat ni..tapi xpa duit duit..duitttttttttttttttttt


biskut bunga cina..taik lalat itam tu adalah kismis.

biskut makmur..gebusss

nih dah seal.biskut semperit..

biskut semperit ni paling laku.orang tua tua suka gila..aku pon xpaham.aku xsuka sangat sangat..orang tua kata sedap, cantik, nampak suwet suwet..erkkk..biskut ni tiap tiap taun mak aku buat n beribu jugak la ordernya.ceyhh..nak sebut gak beribu.(cempeghaa.)tapi sorry..seketoi pun aku xmakan.xsuka.

nanti update biskut lain plak.

monday blues..ngantok!

Thursday 18 July 2013

Bini kena bawak lari

Sepang: “Saya belum fikir apa-apa persiapan untuk Aidilfitri sebaliknya mahu memulihkannya (isteri) terlebih dulu,” kata Mohd Riduan Abd Razak, 43, suami kepada Nuridayu Aziz, 34, yang dilarikan lelaki warga Indonesia ke Surabaya, Jawa Timur pada 22 Jun lalu.
Katanya, ketika ini isterinya belum pulih sepenuhnya dan tidak dapat menceritakan dengan lebih lanjut mengenai kejadian menimpa.
Menurutnya, dia terpaksa berhenti kerja sebagai juruteknik cari gali di sebuah syarikat petroleum di Qatar bagi memberi tumpuan penuh untuk memulihkan keadaan isterinya itu.

“Saya kena berehat dulu buat sementara waktu sebelum merancang untuk mencari pekerjaan di Malaysia supaya boleh memberi tumpuan kepada isteri dan anak-anak.

Foto
NURIDAYU dan Mohd Riduan disambut Abdul Azeez (kanan) sebaik tiba di KLIA.

“Buat masa ini, dia (isteri) hanya mahu bertemu tiga anak kami iaitu Nor Athirah, 10; Najihah, 7, dan Mohd Hizal Hamzi, 6, yang terpisah sejak 26 hari lalu,” katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.-metro 18/07/2013

aku baru tau pasal nuridayu ni..nampak sangat xtengok berita kan..terok la aku ni..nuridayu ni katanya kena bawak lari ngan 1gruop mat indon.kena ilmu hitam pastu bawak lari pi dekat surabaya nun..dari surabaya nak ke tempat tu plak kira kira 6 jam..kalau penang leh p melaka kot..

jahat betui la.sat sat curi rakyat malaysia bok balik lombok.ni port baru surabaya plak.hishh..takut dengaq.nuridayu ni masa jumpak pon cam bengong bengong gi.xsedaq..suami dia pun dia xkenai.indon kan pemes ngan ilmu ilmu hitam ni..power kot ilmu yang dia kena tu..nak buk lari bini orang tu watpa mat indon ni pon..nu keris dayanti ada, rossa ada, luna maya ada..pi la amik..susah susah plak nak kena merantau.

orang pompuan pon kena  la hati hati gak.ilmu hitam ni banyak cara.macam baru ni ada anak kawan opis aku..kak ros hasil, anak dia ngan kawan anak dia nak pi mekdi, pastu ada laki indon panggil.."dik..dik.." anak kak ros ni wat pekak selamba jalan ja..member dia ni pi pusing pastu duk jalan pi mana ntah.sib baik anak kak ros ni perasan pastu dia pi tepuk kawan dia tanya nak pi mana.pastu kawan dia tu macam blurr..eh xtau..haa..macam tu la ceritanya..hihi kalau orang panggil tu xpayah nak beralih sangat la..kalau orang panggil nama kita kalih la..orang tu mungkin kenai kita..kalau xkenai nak tanya jalan ka wat bodo gak..banyak lagi orang lain.pi la tanya.janji kita selamat..boley camtu??

yakin boleh! malaysia boleh!

Bukak Posa Kat Asrama

wah tajuk..kembali ke zaman silam..eh xla silam lampau sangat..aku stay kat asrama masa form 4 form 5  masa tu taun 2003.tu la fes time pengalaman duk asrama..duk godek godek hp nampak plak gambaq ni..masa ni time bukak posa.ada sekeping ja pon.jadi la wat kenangan.masa tu hp mana leh bawak pi skolah.kamera pon style bodo bodo ja..yang digital masa tu kira stylo abeh la.yang aku bawak ni yang pakai filem.jimat2 la.tangkap sekeping kira redho ja la.

ni la ghupa dewan makan aspuri teknik kerian..makan kena ikut dorm.tapi yang ni aku combined geng geng aspuri z2..junior dah kena halau meja lain.senior kira kasta tinggi mana bley semeja ngan junior.jadi xselera.

time beratoq amik makanan pon senior kena amik dulu.junior amik yang last last.kadang kadang tinggai lauk hancuq ngan kuah.buah tu kalau dapat kira nasib la.selalunya xdapek..haha..jahat gila.sekarang bila tengok junior kena buli ngan senior jadi nak marah plak..yang aku buat dulu xingat plak kan.berdosanya aku


makan kat asrama aku dulu pakai tray besi.tray pon kadang kadang ada gi bekas minyak ngan nasi.kena basuh balik..geli wei.tu belom masuk dalam makanan penah jumpak lipas.mana la aku xkuruih..baru nak makan tengok sorang jumpak ulat,jumpak sabut basuh pinggan,jumpak tu jumpak ni.letak balik tray naik dorm makan biskut.haish..macam macam lauk tambahan ada.skolah aku xsediakan cawan.alasan makcik asrama selalu mengadu kole plastik tu hilang.ceh kuat mengadu..so skolah aku wat inisiatif.pehh..inisiatif konon..bagi sorang satu mug kaca.letak atas meja yang khas untuk dorm masing2.so lepas ni nak makan pakai mug sendiri.sapa bagi hilang xpayah minum.

sapa penah duk asrama mesti tau lauk asrama.standard ja..ulang ulang ulang..senang ar camtu kan.aku paling bosan ari selasa,nasi+gado-gado+gulai ikan+teloq masin..aku dah la xmakan gulai.bistu tinggai apa.nasi ngan teloq masin jala..gado2 tu xkira la.kuah kacang pon xberapa nampak.dah berayaq.tapi kalau bolan posa mewah skit.kadang kadang ada ayam percik.yang best lagi selang seli ngan aspura tiap tiap hari leh outing p pasar ramadhan.tu pun kalau xdak kes apa apa.kalau ada spotchek kantoi.xdapat laa.yang leh keluaq wakil dari setiap dorm.pesan pesan la kat dia.lantak la dia tu..mesti bengong.yang ni suh cucuk duit, yang ni suh beli tu, beli ni.barang dia lagi.sahur selalu aku malas turun.mak aku bagi ikan bilis kacang tu, aku kepit ngan gardenia.wah..nak sebut gak gardenia.roti lain xbleh ka?xleh.haha..

banyak dah taip ni..nak rehat rehat.ngantuk laa rini..tadi pagi mangkit soq xtidoq dah.duk cerita ngan mak hal paih ngan maktih.hurm..macam macam..





Wednesday 17 July 2013

Cinta Butakanku - PHOMEA

Tak pernah ku duga
Tak pernah ku sangka
Engkau membuatku jatuh cinta

Engkaulah wanita
Teman di SMA
Yang merasuk dalam jantung kalbu

Cinta itu butakanku
Mengalir dalam jantungku
Tak bisa aku hidup tanpa dirimu
Cinta itu butakanku
Mengalir dalam jantungku
Tak bisa aku hidup tanpa dirimu

Malam minggu tiba
Terasa berbeda
Senangnya ku apel ke rumahnya

Engkaulah juwita
Bunga di SMA
Yang merasuk dalam jantung kalbu

Cinta itu butakanku
Mengalir dalam jantungku
Tak bisa aku hidup tanpa dirimu
Cinta itu butakanku
Mengalir dalam jantungku
Tak bisa aku hidup tanpa kasihmu

Cinta itu butakanku
Mengalir dalam jantungku
Tak bisa aku hidup tanpa dirimu

*lirik lagu ni bunga di sma..baru aku tau.salu aku nyanyi bunga di smr..dah la nyanyi xbetoi pastu tipu adik ngan kakak aku plak kata smr tu sekolah menengah rendah.adik skolah lagi kena la nyanyi lagu ni kat awek..(cakap dengan muka konfiden gilos)..kakak ngan adik aku pon percaya..hahaha kesiann

Tuesday 16 July 2013

Selamat Datang Sayang - HATTAN

salam ramadhan..dah hari ke-6 puasa..tapi cuti raya taun ni xapply lagi.bukan ada umah mertua or kampung aku nak kalut kalut..yerla memang xkalut.tapi kalau musim raya memang xdak mood nak duduk opis ni kan.umah pun cantik berseri ja rasa sayang nak tinggal.tambah plak makanan sedap hari hari pastu sedara plak ramai.gossip-gossip pastu gamit memori masa arwah tok ada, pastu semua sedih rindu kat arwah tok..alaa,bestnya xsabaq nak raya..

raya taun ni harap harap dapat la beraya ngan omey.baju dah setting aku kaler biru dia kata xmau kaler bn.dia suh aku pakai hijau.aku plak xmo kaler pas.so caqi tudung jala nak matching.eh..macam dapat beraya skali plak.berangan betui...ermm..xpala.dia kata kalau xda hal nak mai beraya.siap nak bagi duit raya.aku tunggu ja la.xmo paksa paksa..cinta xperlu dipaksa kan kan.

kalau raya nanti omey mai aku dah prepare nak nyanyi lagu ni kat dia

Selamat datang sayang
Berlabuh ke pangkuan ku
Pintu hati ku lama menanti mu

Selamat tiba sayang
Dihari yang gemilang
Kau telah ringankan satu beban penantian

Selamat datang sayang
Bersama kebesaran hari yang indah
Datang mu sebagai satu hadiah

Selamat datang sayang
Bersama sejahtera
Mengisi halaman yang terbiar kesunyian

Bersyukur menerima segalanya
Menadah dengan hati yang terbuka
Di hari indah ini tiada lagi sepi
Riang ku tak terperi
Melihat kau di sisi
Di hari mulia kau datang
Membawa sebuah kedamaian di singgahsana
Pintu hati ku terbuka memberi dan menerima
Akulah seadanya tiada pernah berbeza
Selamat datang sayang aku ucapkan

Selamat pulang sayang
Berlabuh ke pangkuan
Kau tiba menghilangkan satu beban penantian
Selamat datang sayang aku ucapkan

Bersyukur menerima segalanya
Menadah dengan hati yang terbuka
Di hari indah ini tiada lagi sepi
Riang ku tak terperi
Melihat kau di sisi
Di hari mulia kau datang
Membawa sebuah kedamaian di singgahsana
Pintu hati ku terbuka memberi dan menerima
Akulah seadanya tiada pernah berbeza

Selamat pulang sayang
Berlabuh ke pangkuan
Kau tiba menghilangkan satu beban penantian
Selamat datang sayang aku ucapkan

kurma dah sampai..
omey : awak bagi kurma ea..tenq awak...
aku : haah..baru sampai ea.selamat berpuasa
omey : sampai tadi mak bagi..tenq tau awak..he2 tenq

Monday 15 July 2013

Lasagna Ramadhan

assalammualaikum..isnin ni xdak mood nak wat gheja.so boleh la belek belek belog and update.bulan posa ni tekak demand sungguh.semua rasa nak makan kan kan.ritu bukak fb tengok member aku upload gambaq lasagna.siap dia bagi resepi..mood jadi chef pun apa lagi timbui blup blupp..adik aku yang duk asrama plak nak balik bukak posa tambah semangat la aku.dia ja yang selalu puji masakan aku sedap la kak ida..sempoi la kak ida..kadang kadang aku rasa xsedap sangat pon..bukan apa bodek la tu...

sebab kedua bertungkus lumus nak buat sebab omey suka makan lasagna ni..dia salu kata kakak dia buat sedap sangat sangat..sampai sedapp wooo msg kat aku..umpan la sket aku gitau aku pon nak buat.tapi xtau lagi jadi ka x sebab 1st time try.omey kata jadi..hehe..baguih la dia ni..salu bagi semangat positif kat aku.

ok jom masak

bahan bahan:


inti:
Daging Burger (dihancurkan)
Bawang Putih
Bawang Besar
Minyak
Cili Capsicum
Sos Tiram
Sos Cili
Cili Giling
Perencah Spaggethi Bolognaise Maggi
Cendawan Butang dalam tin
Lada Hitam kisar
Roti
3biji Telur
200ml Susu Fresh
Slice Cheese
Cheddar diparut


bawang putih, bawang besar, cili capsicum dipotong dadu


 Cendawan butang potong nipih nipih.jangan halus sangat nanti xterasa plak


 aku xde cheddar cheese so slice cheese tu aku hiris hiris ja
Bancuh susu dengan telur dan pukul sebati

tumis bawang putih,bawang besar, cili giling sampai pecah minyak
masuk daging cincang yang dah diperap dengan lada sulah
tambah sos tiram sos cili dan perencah spagethi bolognaise maggi
gaul sebati masukkan cendawan dan lada hitam kisar
dah agah nak masak baru masukkan cili capsicum tu sebab kalau masuk awal nanti layu sangat
biar sejuk sikit


sapu loyang atau bekas tahan panas dengan butter


celup roti dengan susu dan telur yang dah bancuh tadi

letak dalam loyang

letak inti

tutup inti dengan slice cheese sampai xda ruang inti tu nak bernapas


ulang step tu ikut suka ampa la nak wat berapa lapis
last topping pun tutup ngan slice cheese and cheese yang aku hiris tadi


bakaq dalam oven dalam 30-45 menet camtu

hasilnya....



sedappp sangat



t

a

p

i


haha..aku bakaq lama sangat so lasagna aku itam
malu la nak tunjuk weh.bakaq time bukak posa.so tengah makan tu dengaq bunyi cheese menitik dalam oven cusss cussss..adik aku kata bunyi apa tu..aku kata "mak,dah ok kot tu" mak aku kata "dak lagi.."
tengok tengok dah berkarat cheese tu.hahahhahaha..xpa ti aku try lagi.

aku dah janji ngan omey nak hantaq gambaq lasagna aku buat tu pastu suruh dia komen..malam tu aku diam xsebut langsung pasai lasagna tu.hahha..dia ingat aku xbuat lagi.

tengok la minggu ni aku try lagi.xpuas hati.

selamat berpuasa..

Friday 12 July 2013

ayat time ngorat

ngorat??
cam poyo plak word ni
ada unsur gedik di situ
"lelaki kalau solat xmampu nak jaga,
macamana nak jaga anak dara orang"

hehe..tiba tiba duk google terpandang ayat ni..teringat kat omey..ayat ni lah aku buh masa hari pertama dia msg aku.masa tu ari jumaat.dia cakap xp semayang.aku ingat memang jenis mengelat.sebab exbf aku sebelum ni dia kata xpayah pi.tengok tv1 ja khutbah jumaat tu.bongek..seb baik xjadi laki aku
alhamdulillah la omey ni kalau pukui 12 pon dia still nak smyg isyak.xlah burn ja isyak dia tu kan.
rindunya time kena ngorat.
laki kenapa ek..bila ngorat xdapat pulun gila.bila dah berjaya ayat pon xberbunga sangat
bila aku tanya omey dia gelak..dia kata dah ngorat dulu dah la
ngorat la ari ari..baru leh demand sket......

Thursday 11 July 2013

Puding Laici xberapa dangdut

hihi..nak share resepi plak kali ni..salu aku tengok resepi orang ja kann..so lepas cilok balik aku try..nak try pon bulan posa..so time ni la 100% air tangan aku..sebab mak aku xmai rasa rasa hang tambah tu tambah ni..itu xterjadi..mak aku biaq and tengok ja..

ok kalau nak masak kena la ada barangnya kan..
  • agar-agar serbuk
  • air
  • laici dalam tin
  • gula
  • susu cair

1. asing kan air laici dengan buahnya.

2. air laici,serbuk agar-agar, air, gula, susu cair..sukatan aku pakai agak agak ja..aku malas la nak sukat.sumbat semua dalam periuk then tunggu sampai mendidih..kacau kacau tau sebab kalau x jadi berketoi ketoi..


3.tutup api tuang dalam gelas or tupperware(ikut suka ati)
4. dah agak nak sejuk sebelum keras letak buah laici tadi..kalau letak masa hangat2 nanti tenggelam buah tu duduk bawah..kalau dah keras sangat plak buah tu xberapa tenggelam.so nampak terasing xbest lah kan.


5.simpan dalam peti ais.balik terawih tu dah boleh makan sambil tengok drama..sedapp.


nama xberapa dangdut tu sebab xberapa goyang..agar-agar lebih xpandai agak..
petang ni berbuka boleh ngapp lagi...........

Wednesday 10 July 2013

Mustajab doa sebelum berbuka puasa..

 

Antara perkara yang mungkin kita tidak tahu/terlupa, iaitu berdoa sebelum berbuka puasa merupakan salah satu waktu yang mustajab doa, berdasarkan hadis Nabi SAW :

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”.
(HR Ibnu Majah)

Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka (walaupun hanya air dan kurma), pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT..

Banyak perkara yang perlu kita syukuri kepada Allah SWT; diberi kesempatan untuk bersama Ramadhan, diberi kesihatan untuk berpuasa, diberi nikmat untuk mensyukuri nikmat, dan pelbagai lagi..

sharing is caring. 

posa-day1

assalammualaikum..

posa x posa x?ececeh aku tanya lebih lebih ntah ntah aku yang xposa kan..haha..aku posa la kot..mai keja pagi ni aku nampak muka semua berseri seri ja.bercahaya.yala muka berpuasa.tambahan dengan amalan tarawih yang dah start semalam..best sangat.aku suka dengaq selawat ka apa ek orang panggil time selang selang 2 rakaat tu..tok imam jemaah semua memang semangat betui.termasuklah aku..walaupun duk umah ja.umah aku ni area bukit jambui penang.banyak gak la indon kilang kat flat sebelah tu..aku kadang p msjid suka gak tengok depa nya style.pelik pelik..pakai telekung tapi bawah seluaq pendek..tok imam tengok geleng kapla..pakai telekung elok dah waktu smayang..sudah semayang rambut merah..baju tdoq sexy plak tu..mak aji geleng kapla..xtau la nak kata.mungkin pesyen depa kat indonesia macam tu kot.so bila mai sini dah xrasa apa..haha..lagi 1 nak cam mak indon tengok la telekong depa.kaler nalek striking tu indon la tu..orang melayu xputih, kelabu,itam..jarang la nak kaler maler..hahha..dah dah..tambah plak pahala mak indon tu..cerita terawih ni berdasarkan pengalaman tahun lepas.tahun ni x pi lagi..hahha..apakah maksudnya?syhh..

cita pos kurma kelmarin dah setel..sok in shaa allah sampai lah ke tangan omey.apa reaksi mak dia kali xtau la.sebab mak dia yang akan terima.omey keja.saja aku lekat ailebiu atas tu pakai sticky note..hahahha..sori makcik..ai suka anak makcik..lallalalla

sambung cerita posa..

soq tadi aku makan nasi goreng udang..tengkiu mak..mak memang pandai masak.sedap sangat.petang ni hari pertama posa pun aku tau.mak aku mesti jamu lauk spesel..standard tiap tiap tahun camtu..hari 1st salu mak buat nasik ada kaler..nasi tomato,nasi briyani,nasi minyak..untung duk ngan mak kan..tapi ujung ujung posa mak aku dah malas..hari last tu kompom beli ja..sebab mak aku dah bz nak buat lauk raya..

sejuk ja badan ni bila xkunyah kunyah..mata berat..
jom layan lagu raya..
hattan-selamat datang sayang..

Tuesday 9 July 2013

esok puasa

dengan ini saya mengisytiharkan, tarikh permulaaan puasa adalah 10 haribulan julai 2013 bersamaan rabu..setiap kali posa or raya cam xlengkap ja kalau xtercangak depan tb semata mata nak dengaq pengumuman ni..kan kan..alaaa,semua sama.rindu sora pakcik penyimpan mohor sebelom ni..ada ala ala lisa sughihani sket kan kan..

setahun dah berlalu..2006, 7 tahun yang lalu, 1 Ramadhan arwah ayah aku kembali ke Rahmatullah.dapat tau pun dalam tepon ja ayah aku dah xdak..terus menangeh nangeh.bapak kandung sorang ja k.itulah bapak dunia akhirat kita..saat tu aku dah bergelar anak yatim.aku ni boleh katakan yang paling manja la ngan bapak aku.nak apa semua dapat..kakak ngan adik aku mana dapat layanan spesel cam aku. sampai sekarang, setiap kali Ramadhan tiba perkara tu lah yang paling aku ingat.berbuka puasa di kenduri arwah ayah aku.sedih sangat sangat..

lap ayaq mata...........

alhamdulillah Allah panjangkan umuq aku untuk sampai ke Ramadhan tahun ni..semoga amalan aku tahun ni bertambah dari tahun yang sebelumnya.semoga Allah bukakan pintu hati aku untuk lebih mendekatiNya..

petang ni ada misi pengeposan kurma..untuk orang yang ada dalam hati nila kan.tadi aku nak pos dah lebih 3.30 petang.pejabat pos xterima.dia suh sent sendii kat hq pos laju..ala aku pos rini pon lusa baru sampai.sok kedah cuti..kecoh betui kakak pos tu..aku lambat 5 menet ja pon..haa cerita pos laju..dulu aku pernah pos cekelat kat myomey..sampai2 lembik..ntah apa corak jadi..seb bek cadbury papan ja.dah sampai mak dia kata hang makan la..dia jampi hang apa..sampai hati ibu mertua..hahha..ini kali kau bagi kurma..nak makan makan..tak mau sudah pi letak kat surau..wakaf..xdak masa aih aku nak jampi jampi..aku bukan keturunan mak lampir okeh..amboi marah nampak..xpa raya nanti mintak mahap.hahhaha.amponkan mak kassim..ok lah. nak pi pos..yusuffffffffffffffff taiyubbbbbbbbbbbbbbbbbb.....

"ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,
agar dapat ku lalui dengan sempurna,
ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan,
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan"

ahlan wa sahlan, marhaban ya Ramadhan...

Thursday 4 July 2013

exam lagi..berharap lagi..

susah betui nak dapat keja zaman sekarang.tambah tambah keja kerajaan..MYomey lagi frust dah malas nak isi.langsung xpernah panggil interbiu.aku bagi sokongan padu suh isi try jugak.in shaa allah ada rezeki.dia mengalah.tapi aku la yang tukang isi.hehe.xpa la,kadangkala apa yang kita nak tu xsemestinya kita dapat sebab Allah dah aturkan sesuatu yang terbaik untuk kita kan..kalau dia keja swasta aku keja gomen so gaji dia ujung bulan aku xberapa nak ujung.so xkering duit lah nanti kan.haishhh..melalut apa ni..bila nak kahwinnya???xdak jawapan..ok lebih baik diam..


sambung story, nak keja gomen lani kena exam lah, temuduga lah, ujian kecergasan lah, bmi lah..aiyooo cerewet nak mammmmmp......s..tu pon belum tentu dapat.dulu aku penah p exam pen akauntan.panggilan untuk exam 15000 yang berjaya dalam exam 2000 orang ja.so 13000 menanggung kekecewaan dari awal.dari 2000 orang tu dipanggil temuduga..duga punya duga yang akan dapat keja 49 orang ja.so bayangkan lah berapa hati yang hancur luluh xdapat keja.yang akan meneruskan hidup sebagai kehormat..aku pun xtau la macam mana kriteria yang depa pilih antara 2000 tu nak pilih 49 orang ja.ikut nasib sama kot kan.yang dapat tu beruntunglah.bersyukur sebab betapa susahnya nak dapat keja.yang kecewa macam aku.xpa rezeki kita bukan disitu.kita cuba lagi

so aku try isi lagi untuk pen juruaudit.macam biasa exam panggil ribuan orang.soalan untuk exam pen juruaudit ni susah sikit nak banding pen akauntan aritu.pastu ada plak tambah seksyen C personaliti..mungkin untuk juruaudit depa nak yang jenis diam dan fokus..sebab aku selalu tengok muka blur blur camtu mai amik report audit kat ofis..hahaha..muka xdak perasaan..aku jawab dengan jujur.dan aku rasa time paper personaliti tu memang aku out kot..salah satu soalan yang aku ingat.adakah kadangkala anda melakukan lawak bodoh untuk menghiburkan kawan kawan anda?jawapan a. benar b. tidak pasti c.tidak benar...aku jujur so aku jawab a..otak aku set kalau jawab banyak a kira perangai bagus.haha..dah aku bocoq 1 soalan ni.elehh..takat 1 satu xdak maknanya aih..beratus lagi duk ada.okey soalan bocoq kedua................hahah bwekk bwek

dengan bangganya mengumumkan aku gagal jugak exam juruaudit tu..ah pedulikan.memang xstudy pon masa tu so xralat sangat.memang kalau dapat pon aku xminat nak jadi juruaudit.even time study dulu pon benci inikan pulak nak jadikan sumber mata pencarian.memang xlah..aku xputus asa..aku apply aplly online.semua aku isi.kadang kadang sampai lupa password.hahha.nak berahsia sangat padan muka.semalam aku dapat lagi exam untuk kelayakan pembantu akauntan w17...hahhh???tu la best.w17 pon nak kena exam dah la ni.kerani ja kot..layan kan jela.

memandangkan 4hb aku ada dapat lagi exam pen akauntan so aku p la exam 3hb tu.aku xberharap sangat pon untuk yang tu.aku p just nak asahkan otak aku untuk exam arini..alhamdulillah otak aku berjaya direfresh.so alhamdulillah ya Allah.exam tadi aku jawab dengan tenang.xda gopoh gopoh.cuma sampai lambat sikit.jalan jam hujan n dok snap gambaq depan cermin lama sangat..bajet cun.ok la mengaku xcun.mana ada orang gemuk cun kan..paper 1st pengetahuan am.jawatan pun pen akauntan so banyak soalan akaun la.banyak banyak la study prinsip akaun n akaun sem 1 time diploma.memang banyak membantu.paper kedua menyelesaikan masalah.susah hapa nak terang.soalan matematik form 5.semua amik espiem kan.so pakai balik buku rujukan tu wat latihan.exam xleh guna kalkeleter ok..guna anggota badan sendiri.kalau cacat??erm..pakai otak.paper 2 aku rini aku rasa boleh jawab.syukur ya Allah.paper 3 yang personaliti tu la.soalan sama recycle balik juz berbeda sikit sikit.

tips jawab soalan:
mulakan dengan bismillah
tenang kan hati dan redha.kalau ada rezeki kita in shaa Allah kita lulus
waktu hitamkan bulatan kat omr tu sambil kaler sambil la berzikir dalam hati

keputusan apa nak dapat aku xtau
LULUS / GAGAL
Sesungguhnya Allah telah merancang yang terbaik buatku.

^____________________________^



Wednesday 3 July 2013

Pokok Semalu dan Wanita

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. 
alkurawi

Tuesday 2 July 2013

gempa lagi..komtar goyang


grrrr...
gempa lagik..lagik lagik gempa
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
tadi dalam pukui 3 lebih aku turun kat bilik ct
tiba tiba munesh atau nama glamer boy tanya
"wei rasa gegaq x?"
haa..cam tu lah intro topik ni..
first time aku keja kat komtar n rasa gegaran
dulu selalu tengok kat tv ja bila komtar bergoyang semua lari turun bawah
now aku feel sendiri
komtar ada 60 tingkat.tapi opis aku tingkat 23 ja
tu pon leh rasa..kalau tinggi lagi xtaw la
tapi kali ni semua cam still blur blur xda yang turun pon
selamat lah lemak aku kan
sumber yang boleh dipercayai kata ada gempa bumi kat sumatera.
tapi amaran tsunami belum dikeluarkan
hohooo..mintak simpang
waktu menaip ni aku dengaq siren bomba
mai nak tengok struktur komtar
mintak mintak la semua selamat
aminnnn
_____________________________________________________________

Budak Kacamata- Cinta Xperlu Dipaksa


Jikalau telah tersurat
Aku jadi milikmu
Tiada siapa yang dapat
Menghalang kenyataan itu

Hanya serah dan berdoa
Moga tiada bencana
Mengiringi perjalanan kita
Moga tersisih noda

Ku berjanji dengan sepenuh hatiku
Kan memahamimu
Tidak sedikit pun akan kusakiti
Hati dan hidupmu

Tidak mungkin itu sekali terjadi
Oh tidak mungkin...
Tidak sekali kan ku berubah hati
Berubah janji...
Kuharap engkau pun sama

Jikalau ku tak peduli
Itu bukan maksudku
Untuk melepaskanmu
Tinggalkan dirimu
Hanya ingin beri mu
Tenang dan kebebasan
Kerana dalam cinta
Janganlah terpaksa

Kerana dalam cinta
Janganlah terpaksa



10 Perkara Membuatkan Lelaki Menangis



“ayah ku selalu, berkata padaku..laki laki xboleh nangis”


 
Orang kata lelaki ni nampak kental di luar..tapi dalam hati kadang boler banjir jugak.
Tapi xlah macam pompuan..drama pon nangeh.industan 3 jam, 2 jam tu meleleh..haishh..
kadang kadang ada masalah yang kita xboleh nak luahkan pada orang dan hanya dilepaskan dengan airmata.
entri ni aku copy.jom tengok betui x point point nya


1. Kematian Orang yang Dicintai
Siapa yang tidak sedih kehilangan orang yang dicintai? Hal yang sangat normal ketika melihat lelaki menangis saat kehilangan orang dicintainya, baik kekasih, keluarga mahupun teman. Malah terbilang jarang, lelaki yang tidak menangis jika ada orang terdekatnya yang meninggal.
2. Kematian Haiwan Peliharaan
Tak hanya manusia, kehilangan haiwan kesayangan juga boleh membuat lelaki menitiskan air mata. Hubungan antara haiwan kesayangan dan tuannya boleh sangat dekat, jika dia sudah merawatnya sejak kecil atau banyak menghabiskan masa bersama.

3. Melihat orang yang disayanginya Sengsara
Lelaki tak tahan jika melihat orang-orang yang disayanginya mengalami kesengsaraan. Lelaki boleh menangis ketika adiknya ternyata mengambil dadah, atau melihat kekasihnya terbaring di bilik ICU kerana sakit. Kegagalan menyelamatkan orang-orang tercinta dari situasi buruk, membuatnya kecewa pada diri sendiri dan akhirnya timbul kesedihan yang mendalam.

4.Mengecewakan Keluarga atau Orang Terdekat
Arnold Schwarzenegger dikhabarkan sempat menangis saat akan diceraikan isterinya kerana ketahuan berkhalwat Ya, membuat kekasih atau orang dekatnya kecewa merupakan satu perkara yang boleh buat lelaki menangis. Dibandingkan membuat orang marah, perasaan bersalah akan lebih besar melingkupi dirinya jika orang tersayang jadi kecewa kerana perbuatannya.

5.Dicampakkan
Ditinggalkan kekasih kerana lelaki lain, akan membuat harga dirinya turun drastik. Dia merasa egonya telah terluka sangat dalam. Pada peringkat kekecewaan dan sakit hati yang sudah parah, lelaki biasanya tidak akan dapat menahan air matanya lebih lama lagi.

6. Pasukan Sukan kegemarannya Kalah
Sebahagian besar lelaki merupakan peminat berat jenis dan pasukan sukan tertentu. Misalnya bola sepak, badminton, basket atau football. Kecintaan yang fanatik akan pasukan pilihan kadang boleh membuat seseorang bertindak di luar nalar. Termasuk menangis kecewa kerana pasukan jagoannya kalah.

7. Membuat Orang Tuanya Bangga
Baik lelaki mahupun wanita, pasti berkeinginan membuat orang tuanya bangga. Tapi bagi lelaki, ada perasaan emosional tersendiri yang lebih kuat apabila melihat rona bahagia di mata orang tuanya. Hal ini kerana secara sosial, kanak-kanak lelaki memang biasanya lebih dituntut untuk menjadi kebanggaan keluarga.

8. Ketika lamarannya diterima
Tidak ada jawapan yang lebih diinginkan lelaki selain kata: “ya, aku bersedia” ketika dia melamar kekasihnya. Air mata lelaki tidak hanya keluar pada saat sedih saja, tetapi juga saat dia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Salah satunya, boleh menikahi wanita yang dicintainya.

9. Saat Menikah
Walaupun lebih ramai wanita yang menangis saat mengucap janji suci di depan penghulu atau pendeta, lelaki juga boleh menitiskan air mata di salah satu momen paling penting dalam hidupnya ini. Ada ketegangan dan rasa emosional tersendiri ketika seseorang akan melangkah ke dunia baru dalam hidupnya.

10. Kelahiran Anak Pertama
Banyak lelaki yang merasa tersekat apabila melihat kelahiran anak pertamanya. Perasaan bahagia biasanya akan semakin kuat ketika ia menyaksikan prosesi dari awal sampai bayinya lahir.




Monday 1 July 2013

Duit PRU-13

Assalammualaikum..Alhamdulillah
hihi..rasa nak nyanyi duit den bortingkek tingkek
duit den bortingkek tingkek...waghihhhhhh...............



duit untuk kerja pru13 ritu dah dapat
so semua yang kerja tungkus lumus tu leh la p amik
bila dah dapat duit ni baru rasa berbaloi penat seharian kan
mental fizikal penat skali k
fizikal pukui 5 pagi aku dah keluaq rumah nak p dewan masyarakat penyayang..terpaksa amik jalan jauh sebab takut aku nak drive sorang lalu kot bukit gambir.pastu lalu plak kot hospital yang lorong tepi tu ke laluan bilik mayat hospital pulau pinang
no choice okey..tu je jalannya
seb baik la otw tu depan aku trak polis nak p tmpat yang sama
sambil drive control cun la wei..standard ar anak dara control cunn
jangan dengki hahahaha
masa tu plak hujan renyai2 tapi viper laju.semata mata nak pastikan abg polis tu nmpk aku yg tgah control cun dalam keta
perangai xleh blah betoi
dari segi mental plak menyampah tengok pihak pengundi yang xsebulu ngan aku
bwekk..bekerja dengan telus so buat muka tahan
5.30 pagi sampai 9.30 malam aku bertugas
bau toksah kata la.macam mamak nasi kandaq dah

kerja aku masa hari tu celek ink
KTM aku memang berniat nak bagi kerja senang ja untuk aku
sebab aku dh mai untuk siap tempat mengundi sehari sebelum tu n aku teman dia p amik peti pagi tu.hehhe..
dia bagi aku untuk pegang pembaris tu je jolok jolok kertas undi
tapi aku xmau.aku cakap aku pompuan segan la dok tengah tengah
so aku kata aku nak celek ink
dia kata ok
tapi alasan sebenaq aku memang peghak ngan ink tu
leh pegang tangan yang ensem2 tu lama sikit
(tapi pakai sarung ok)
ada yang aku suka aku wat cantik cantik ja..ehemm
yang lagi cerewet nak sikit la..apa la
aku celek banyak
yang lap ngan tisu aku celek double..hahaha
ada plak sorang pakcik ni aku celek atas bawah.jari dia kan besaq aku pusing pusing la tengok lebaq dah aku celek
pastu dia tanya "awat hang buh banyak sangat, pakcik tengok dalam tv depa calit sikit saja"
haaa mampoih..satgi dia tenyeh aku ngan ink tu naya
aku cakap "dak aih..memang macam ni prosedur dia"
pakcik tu wat muka pelik.aku terus wat wat sibuk
aku buh banyak bukan apa t masuk plak dalam tb ka kata ink senang cuci cepat hilang.
tanya mengundi kat mana.sapa tukang calit tu
sapa sapaaa
aku jugak..
so aku amik langkah berhati hati..gud job noryda
berkhidmat untuk negara kan
lama aku xmelalut mula la nak taip panjang2 sampai orang boring nak baca
ok stop it..
juz nak update duit spr dah dapat
againnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
duit den bortingkek tingkek
babai