Wednesday 19 March 2014

mh370..MUSIBAH DAN HIKMAH

semenjak hilang MH370 ni  selalu aku tengok awani.
kalau dulu ermh..rasa cam buang masa pulak tengok berita 24jam.
tapi bila xnak ketinggalan pasai kapai terbang tu.layannn

bila ingat nasib penumpang tu aku selalu bayang kalau aku yang duduk kat situ.

kalau betul dirampas.mesti nasib macam dalam tahanan kan.
makan minum semua aku xkisah sangat.
kalau nak berry tu..kalau kita hidup selesa kat rumah ni xpala.
nak berry pergi toilet.kalau depa?
lagi satu kalau pompuan pompuan tu piyed.haaa
nak lapik apa.dalam emergency mana nak cari pad.
kalau ada pad pun nak basuh camana.
ish..kesian la.semoga depa semua cepat dapat kembali balik.
yang baby semua tu.kalau kita yang manusia dah besaq panjang ni pun nak hidup xselesa apatah lagi baby kan.baby kan nak kena penjagaan rapi.

hari tu semenjak hilang rakyat malaysia bersatu buat solat hajat dan solat istisqa'.
alhamdulillah. Allah dah bagi hujan kat kita.
Allah jugak dah bagi petunjuk terbaru yang pesawat tu xtenggelam sebaliknya dilencongkan oleh seseorang.
harap rakyat Malaysia xberhenti dengan petunjuk tu.terus berdoa dan berdoa.
xkisahlah penumpang tu dari bangsa apa pun.semua mempunyai nyawa macam kita kan.
xsalah kalau kita turut berdoa untuk depa.
semalam aku tengok meletop.dengaq IM Asyraf kata.
kadangkala musibah yang didatangkan ni beserta hikmah.
kalau xjadi macam ni ada ka umat islam yang bersatu berdoa. berdoa yang beserta tangisan untuk orang lain, yang kita xkenal langsung,kadang kala sedara mara kita meninggal pun kita xpernah menangis macam tu.
daripada Allah ia datang dan kepada Allah jua ia kembali.

sama sama la kita berdoa semoga semua penumpang berjaya ditemui dalam keadaan yang selamat.


"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat, Aku memperkenankan permintaan orang yang meminta, apabila ia meminta kepadaKu, oleh sebab itu, perkenanlah seruanKu dan berimanlah kepadaKu, supaya mereka menempuh jalan yang lurus" (Al-Baqarah:186)

No comments:

Post a Comment

ada nak komen apa2..silakan..